Keluar Sekejap

Keluar Sekejap

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact commercial@ksmedia.my
00:00
00:00

エピソードの概要

Musim pilihan raya dah tiba! Pemain politik sibuk tukar jersi, kelab sibuk cari pemain, ada yang tarik diri saat akhir dan ada pula yang lawan bekas kelab sendiri. Kalau ikut keadaan PRN Melaka kali ni, rasanya ejen bola sepak pun boleh pening tengok senarai perpindahan calon.Dalam episod kali ini, kita bawakan liputan khas Political Transfer Window PRN Melaka. Siapa masuk kelab mana, siapa kena pinjam, siapa jadi free agent dan siapa pula yang tak sempat turun padang? Jangan risau, VAR kita kali ni Zaidel dan Fayyadh serta yang berada di lapangan membuat liputan secara langsung iaitu Abol.Selain itu, kita sembang juga tentang generasi strawberry yang mudah koyak, suami yang dimarahi kerana isteri beli barang online, rumah yang dah siap tetapi jalan masih belum ada, serta imam yang meletakkan jawatan sampai satu masjid tak dapat solat Jumaat.Dan paling penting, kita nak kenal dengan lebih dekat Ikon Wanita Selangor 2026/2027, Datuk Nurul Zahid. Dengan portfolio yang merangkumi komunikasi korporat, hotel,…

エピソード

273-

EP 30 #SembangKS | Musim Pilihanraya & Ikon Wanita Selangor

06 11月 2026
272-

EP217 | Kempen PRN Melaka, CSA Madani, US Midterms Elections, Israel & Brazil Elections

Dalam Episod 217 Keluar Sekejap, Shahril Hamdan bersama YB Fadhli Saari membincangkan beberapa isu semasa, antaranya kempen PRN Melaka yang baru sahaja membuka tirai dengan 28 kerusi DUN dipertandingkan, serta realiti politik di sebalik gabungan BN dan PN, selain PH dan Bersatu.Episod ini turut mengulas tentang Confidence and Supply Agreement (CSA) yang ditandatangani minggu lalu oleh enam Ahli Parlimen Bersatu dan seorang wakil Muda bagi menyokong Kerajaan MADANI. Perjanjian ini membuka ruang kepada pemberian peruntukan kepada kawasan mereka serta sokongan terhadap beberapa agenda reformasi yang dijanjikan kerajaan.Di peringkat antarabangsa, episod ini membincangkan perkembangan pilihan raya Israel yang masih belum menemui penyelesaian jelas, kebangkitan Lula dalam politik Brazil, serta pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat yang menyaksikan kemenangan besar Demokrat.Jangan lepaskan Episod 217 Keluar Sekejap untuk kupasan lanjut mengenai perkembangan politik dalam dan luar negara.Ingin jenama…

05 11月 2026
271-

EP13 #KenaSoal | MCA Merajuk?, MUDA Tak Bertanding PRN Melaka, Masa Depan Non-Bumis

00:00:00 Pengenalan00:00:54 Bersama Neow Choo Seong00:14:39 MCA Merajuk?firhanfrdrzl: KS mohon ulas tentang isu gabungan BN-PN di MelakaX Akan kekal lama ke? Sebab tengok MCA macam gaduh dengan UMNO tentang kerusi.00:25:45 MUDA tak bertanding PRN Melakayusufkz: Soalan untuk Zaidel, kenapa MUDA tidak bertanding di Melaka? BERSAMA yang parti lebih baru dari MUDA pun bertanding. Macam mana orang nak yakin dengan MUDA kalau dilihat tidak serius untuk turut serta dalam Pilihan Raya?00:38:05 Masa Depan Non Bumisdamies._: apakah pendapat ks berkaitan masa depan non-bumis di Malaysiaezryazl: Apakah faktor utama ekonomi kaum Melayu tak kunjung berkembang. Tidak seperti Cina00:56:57 Reformasi organisasihadzrul_luqman: If we want to clean a full corrupted organization, where do it should start?01:12:39 Penutup

30 10月 2026
270-

EP29 #SembangKS | Hala TuJu AI Bubble

AI tengah meletup. Saham naik, pelaburan berbilion dolar, pusat data tumbuh macam cendawan lepas hujan. Semua orang nak masuk AI. Tapi persoalannya, kalau semua orang sibuk melabur dalam AI, siapa sebenarnya yang akan buat duit?Dalam Sembang KS Episod 29: Hala TuJu AI Bubble, kita menyelami dunia kecerdasan buatan yang semakin canggih, tetapi kewangan di belakangnya mungkin tak secantik gambar kita yang dah kena AI Glam.💸 **AI Bubble: Buih Teknologi atau Buih Hutang?**CoreWeave ada kontrak bernilai berbilion dolar, pelanggan gergasi dan sokongan Nvidia. Tapi sahamnya menjunam, kos hutang makin tinggi dan kerugian terus menghantui. Banyak sangat duit masuk AI, tapi bila masa nak balik modal? Jangan-jangan AI boleh jawab semua soalan, kecuali soalan akauntan: *“Mana untungnya?”*🗺️ **Waze Kena Halau, TuJu Pula Buat Kita Sesat**Kerajaan suruh penjawat awam tinggalkan Waze demi keselamatan data. Sebagai alternatif, muncul TuJu. Muat turun mencanak, pelayan tumbang, arahan jalan pula mengelirukan. Niatnya nak cari…

28 10月 2026
269-

EP28 #SembangKS | Puting Beliung dan Tol

Dalam Episod 28 Sembang KS, kami kembali membincangkan isu-isu semasa dengan gaya santai, jenaka dan analisis politik serta sosial yang mencuit hati. Dari kemelut takhta Negeri Sembilan, kontroversi mahasiswa Universiti Malaya, hinggalah kepada isu gaji minimum dan drama pergaduhan pelawak, pelbagai cerita menarik dibongkar dalam episod kali ini.📌 **Antara topik yang dibincangkan:**🌫️ **Jerebu & Angin Puting Beliung** – Ketika negara menunggu perubahan arah angin untuk mengatasi jerebu, angin pula datang mengalihkan kereta di plaza tol Kota Damansara!👑 **Kemelut Takhta Negeri Sembilan** – Video teguran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan terhadap Menteri Besar mencetuskan persoalan tentang krisis adat, politik dan kepimpinan negeri.📰 **Kontroversi Nik Nazmi** – Isu tangkapan khalwat yang menjadi bualan ramai serta persoalan tentang batas kritikan politik dan hal peribadi.🎓 **Mahasiswa UM, Ummi Umairah** – Keberanian seorang mahasiswa mempersoalkan isu rasuah di hadapan panel politik mengundang pelbagai…

25 10月 2026